Menambahkan Komputer yang Bersambung — Mac OS X

Muat turun perisian daripada laman web dan buat tetapan sambungan untuk menambahkan komputer. Prosedur ini diterangkan dalam keadaan pengimbas tu sudah disambungkan ke rangkaian dan komputer yang ingin ditambahkan disambungkan ke SSID yang sama.

Perhatian:

Kandungan yang dipaparkan pada skrin berbeza-beza bergantung pada model dan situasi.

  1. Akses laman web berikut daripada komputer yang anda mahu sambungkan ke pengimbas, kemudian masukkan nama produk.

    http://epson.sn

  2. Pergi ke Persediaan.

  3. Klik Muat turun untuk memuat turun pemasang.

  4. Jalankan pemasang dengan mengklik atau mengklik dua kali fail yang dimuat turun.

  5. Klik dua kali ikon berikut.

  6. Semak perjanjian lesen dan klik Seterusnya.

  7. Pilih perisian untuk dipasang dan klik Pasang.

    Utiliti Rangkaian Epson dan Pemacu dan Utiliti Epson mesti dipilih.

    Pemasangan perisian bermula.

  8. Pilih Komputer Tambahan pada skrin berikut.

    Ikut arahan pada skrin.