Cuba penyelesaian berikut.
Matikan peranti yang ingin disambungkan ke rangkaian. Tunggu kira-kira 10 saat, kemudian hidupkan peranti dalam aturan berikut; titik akses, komputer dan pengimbas. Dekatkan pengimbas dan komputer ke titik akses dan alihkan sebarang halangan antara kedua-dua peranti ini untuk mengukuhkan komunikasi gelombang radio, kemudian cuba lakukan tetapan rangkaian semula.
Jika pencetak tidak boleh menerima isyarat secukupnya daripada titik akses, dekatkan kedua-dua peranti ini. Jika gangguan berlaku, alihkan daripada alat gelombang elektromagnet atau alat radio yang lain.
Pastikan jika SSID dan kata laluan untuk titik akses adalah betul. Jika anda menggunakan titik akses dengan tetapan lalainya, SSID dan kata laluan terdapat pada label. Jika anda tidak mengetahui SSID dan kata laluan, hubungi orang yang menetapkan titik akses atau lihat dokumentasi yang dibekalkan dengan titik akses. Kata laluan adalah sensitif huruf.

Jika titik akses ditetapkan untuk menyembunyikan SSID, masukkan terus SSID dan kata laluan pada pengimbas dan komputer.
Gunakan arahan Ping untuk memastikan pengimbas dan komputer telah disambungkan.
Periksa jika persekitaran rangkaian telah ditukar. Jika anda menukar titik akses, buat tetapan rangkaian semula dan sambung komputer dan pengimbas ke rangkaian yang sama.
Jika pengimbas tidak dipaparkan pada skrin tambah pengimbas apabila menggunakan Mac OS X dan menggunakan beberapa penyesuai rangkaian, keutamaan rangkaian antara pengimbas dan peranti mungkin rendah. Tingkatkan keutamaan rangkaian.
Jika pemisah privasi pada titik akses didayakan, anda tidak boleh berkomunikasi antara peranti yang disambungkan. Nyahdayakan pemisah privasi, kemudian cuba lagi. Lihat dokumentasi disediakan dengan titik akses untuk maklumat lanjut.
