> Menyelesaikan Masalah > Kertas Tersekat > Mengeluarkan Kertas Yang Tersekat

Mengeluarkan Kertas Yang Tersekat

Awas:

Jangan sentuh butang pada panel kawalan semasa tangan anda berada dalam pencetak. Sekiranya pencetak bermula beroperasi, ia boleh menyebabkan kecederaan. Berhati-hati untuk tidak menyentuh bahagian yang menonjol bagi mengelakkan kecederaan.

  1. Buka penutup pencetak.

  2. Keluarkan kertas yang tersekat.

    Penting:

    Jangan sentuh kabel leper putih atau filem lut sinar di dalam pencetak. Berbuat demikian boleh menyebabkan kerosakan.

  3. Tutup penutup pencetak.