Buat tetapan berikut apabila menggunakan pencetak di pejabat yang menggunakan sambungan dan memerlukan kod akses luaran seperti 0 dan 9, untuk mendapatkan satu talian luar.
Pilih Tetapan pada panel kawalan pencetak.
Untuk memilih item, gunakan butang
dan kemudian, tekan butang OK.
Pilih Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas.
Pilih Jenis Talian dan kemudian, pilih PBX.
Apabila menghantar faks ke nombor faks luar menggunakan # (hash) dan bukan kod akses luar yang sebenar, pilih kotak Kod Akses untuk menukarnya kepada Kegun.
Simbol # yang dimasukkan sebagai ganti kod akses sebenar digantikan dengan kod akses yang disimpan semasa mendail. Menggunakan # membantu mengelakkan masalah sambungan apabila menyambung kepada satu talian luar.
Anda tidak boleh menghantar faks kepada penerima dalam Kenalan yang mempunyai kod akses luar seperti 0 dan 9.
Jika anda telah mendaftar penerima dalam Kenalan menggunakan kod akses luar seperti 0 dan 9, tetapkan Kod Akses kepada Jangan Guna. Jika tidak, anda mesti menukar kod itu kepada # dalam Kenalan.
Pilih kotak input Kod Akses, masukkan kod akses luar yang digunakan untuk sistem telefon anda dan pilih OK.
Kod akses disimpan di dalam pencetak.