Sesetengah item mungkin tidak tersedia bergantung pada kaedah imbasan yang telah anda pilih atau tetapan lain yang anda buat.
Pilihan Menu untuk Mengimbas
H&P/Warna
Pilih sama ada hendak mengimbas dalam monokrom atau warna.
JPEG/PDF
Pilih format untuk menyimpan imej yang diimbas.
Kawasan Imbas
Pilih kawasan imbasan. Untuk memangkas ruang putih di sekitar teks atau imej semasa mengimbas, pilih Pangkas Auto. Untuk mengimbas pada kawasan maksimum kaca pengimbas, pilih Kawasan Maksimum.
Orientasi Dokumen:
Pilih orientasi dokumen.
Jenis Dokumen
Pilih jenis dokumen anda.
Ketumpatan
Pilih kontras imej yang telah diimbas.
Buang Bayang
Buang bayang dokumen yang kelihatan dalam imej yang diimbas.
Keliling:
Buang bayang di bahagian tepi dokumen.
Tengah:
Buang bayang margin ikatan buku kecil.
Buang Lubang Tebuk
Buang lubang tebuk yang kelihatan dalam imej yang diimbas. Anda boleh menentukan kawasan untuk memadamkan lubang tebuk dengan memasukkan nilai dalam kotak di sebelah kanan.