Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Faks > Tetapan Faks
Tetapan Faks
Ttpn Imbasan
Resolusi
Pilih resolusi faks yang keluar. Jika anda memilih resolusi yang lebih tinggi, saiz data menjadi lebih besar dan ia mengambil masa untuk menghantar faks.
Ketumpatan
Tetapkan ketumpatan faks yang keluar. + menjadikan kepekatan lebih gelap dan - menjadikannya lebih terang.
Alih Keluar Latar Belakang
Mengesan warna kertas (warna latar belakang) dokumen asal dan membuang atau mencerahkan warna. Bergantung kepada kegelapan atau kejelasan warna, ia mungkin tidak dibuang atau dicerahkan
Ketajaman
Meningkatkan atau mengeluarkan daripada fokus garis bentuk. + meningkatkan ketajaman dan - mengaburkan ketajaman.
Imbas Berterusan(ADF)
Menghantar faks dengan meletakkan dokumen satu per satu atau dengan meletakkan dokumen mengikut saiz, anda boleh menghantarnya sebagai satu dokumen mengikut saiz asalnya. Lihat maklumat berkenaan topik ini di bawah.
Saiz Asal (Kaca)
Pilih saiz dan orientasi dokumen asal yang anda letakkan pada kaca pengimbas.
Mod Warna
Pilih sama ada hendak mengimbas dalam warna atau monokrom.
Tetapan Hantar Faks
Hantar Terus
Menghantar faks monokrom semasa mengimbas dokumen. Memandangkan dokumen yang diimbas tidak disimpan sementara dalam memori pencetak walaupun semasa menghantar halaman yang banyak, anda boleh mengelakkan ralat pencek yang disebabkan oleh kekurangan memori. Harap maklum bahawa penghantaran menggunakan ciri ini akan mengambil masa lebih lama berbanding tidak menggunakan ciri ini. Lihat maklumat berkenaan topik ini di bawah.
Anda tidak boleh menggunakan ciri ini apabila menghantar faks kepada berbilang penerima.
Hantar Faks Kemudian
Menghantar faks pada masa yang anda tentukan. Hanya faks monokrom tersedia apabila menggunakan pilihan ini. Lihat maklumat berkenaan topik ini di bawah.
Tmbh Mklm Penghantar
Tmbh Mklm Penghantar
Pilih kedudukan yang ingin disertakan maklumat pengepala (nama pengirim dan nombor faks) dalam faks keluar atau tidak menyertakan maklumat.
Mati: Menghantar faks tanpa maklumat pengepala.
Luar Imej: Menghantar faks dengan maklumat pengepala dalam margin putih sebelah atas faks. Langkah ini memastikan pengepala tidak bertindan dengan imej yang diimbas, namun begitu, faks yang diterima oleh penerima boleh dicetak pada dua helaian bergantung pada saiz dokumen asal.
Dlm Imej: Menghantar faks dengan maklumat pengepala kira-kira 7 mm lebih rendah daripada bahagian atas imej yang diimbas. Pengepala mungkin bertindan dengan imej, namun begitu, faks yang diterima oleh penerima tidak akan dipisahkan menjadi dua dokumen.
Pengepala Faks
Pilih pengepala untuk penerima. Untuk menggunakan ciri ini, anda seharusnya mendaftar beberapa pengepala terlebih dahulu.
Maklumat Tambahan
Pilih maklumat yang ingin anda tambah. Anda boleh memilih satu daripada Nombor Telefon Anda dan Senarai Destinasi.
Laporan Transmisi
Mencetak laporan penghantaran selepas anda menghantar faks.
Ralat Cetak mencetak laporan hanya apabila berlaku ralat.
Apabila Lampirkan Imej ke Laporan telah ditetapkan dalam Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Laporan, faks dengan ralat juga dicetak dengan laporan.
Kosongkan Semua Tetapan
Memulihkan semua tetapan dalam Ttpn Imbasan dan Tetapan Hantar Faks kepada tetapan lalai.