(Pilih Menu Foto):
Buat tetapan untuk menyusun, memilih dan menyahpilih data imej.
Tentukan tetapan sumber kertas yang ingin dicetak.
Pilih tetapan warna sama ada anda biasa mencetak dalam H&P atau Warna.
Pilih cara bentangan fail JPEG. Tanpa sempadan adalah untuk mencetak satu fail setiap helaian tanpa margin di keliling bahagian tepi. Imej dibesarkan sedikit untuk mengalih sempadan daripada tepi kertas. Dgn Sempadan adalah untuk mencetak satu fail setiap helaian dengan margin di keliling bahagian tepi. 20-atas adalah untuk mencetak 20 fail pada satu helaian. Indeks adalah untuk membuat cetakan indeks dengan maklumat.
Pilih Hidup untuk memangkas imej untuk dimuatkan dalam bentangan cetakan yang dipilih secara automatik. Jika nisbah bidang data imej dan saiz kertas berbeza, imej secara automatik dibesarkan atau dikecilkan supaya sisi pendek sepadan dengan sisi pendek kertas. Sisi panjang imej dipotong jika melebihi sisi panjang kertas. Ciri ini mungkin tidak berfungsi untuk foto panorama.
Pilih Tinggi untuk cetakan berkualiti lebih tinggi, tetapi kelajuan cetakan mungkin lebih perlahan.
Pilih format tarikh foto diambil atau disimpan. Tarikh tidak dicetak untuk sesetengah bentangan.
Pilih mod ini untuk meningkatkan kecerahan, kontras dan penepuan foto secara automatik. Untuk mematikan peningkatan automatik, pilih Pertingkatkn mati.
Pilih Hdp untuk membetulkan kesan mata merah dalam foto secara automatik. Pembetulan tidak dibuat pada fail asal, hanya pada cetakan. Bergantung pada jenis foto, bahagian imej selain daripada mata mungkin dibetulkan.
Menetapkan semula semua tetapan kepada tetapan lalainya.