Mencetak Sementara menggunakan Dakwat Hitam

Apabila dakwat warna sudah habis dan dakwat hitam masih ada, anda boleh menggunakan tetapan berikut untuk meneruskan cetakan bagi tempoh masa yang pendek menggunakan dakwat hitam sahaja.

  • Jenis kertas: Kertas biasa, Kertas pracetak, Kepala surat, Kertas berwarna, Kertas kitar semula, Kertas biasa berkualiti tinggi, Kertas tebal, Sampul surat

  • Warna: H&P atau Skala Kelabu

  • Tanpa sempadan: tidak dipilih

  • EPSON Status Monitor 3: Didayakan (Apabila mencetak daripada pemacu pencetak di Windows.)

Memandangkan ciri ini hanya tersedia kira-kira lima hari sahaja, gantikan katrij dakwat yang telah habis secepat mungkin.

Perhatian:
  • Sekiranya EPSON Status Monitor 3 dinyahdayakan, akses pemacu pencetak, klik Tetapan Dilanjutkan pada tab Penyelenggaraan, dan kemudian pilih Dayakan EPSON Status Monitor 3.

  • Tempoh yang tersedia berbeza bergantung kepada keadaan penggunaan.