> Memfaks > Menghantar Faks Menggunakan Pencetak > Pelbagai Cara Menghantar Faks > Menghantar Faks dalam Monokrom pada Masa Yang Ditetapkan pada Hari Tertentu (Hantar Faks Kemudian)

Menghantar Faks dalam Monokrom pada Masa Yang Ditetapkan pada Hari Tertentu (Hantar Faks Kemudian)

Anda boleh menetapkan untuk menghantar faks pada masa yang ditetapkan. Hanya faks monokrom boleh dihantar bila masa untuk menghantar dinyatakan.

  1. Pilih Faks pada skrin utama.

  2. Nyatakan penerima.

    Memilih Penerima

  3. Pilih tab Tetapan Faks kemudian, pilih Hantar Faks Kemudian.

  4. Ketik medan Hantar Faks Kemudian untuk menetapkannya kepada Hidup.

  5. Pilih medan Masa, masukkan masa anda ingin menghantar faks dan pilih OK.

  6. Pilih OK untuk menggunakan tetapan.

    Anda turut boleh membuat tetapan seperti resolusi dan kaedah penghantaran jika perlu.

  7. Hantarkan faks tersebut.

    Perhatian:

    Anda tidak boleh menghantar faks lain sehingga faks dihantar pada masa yang ditentukan. Jika anda ingin menghantar faks lain, anda perlu membatalkan faks yang dijadualkan dengan memilih Faks pada skrin laman utama dan memadamnya.