Membuat Tetapan untuk Menyimpan Faks yang Diterima ke Peranti Memori Luaran

Anda boleh menetapkan untuk menukar dokumen yang diterima kepada format PDF dan menyimpannya pada peranti memori luaran yang bersambung kepada pencetak.

Penting:

Dokumen yang diterima disimpan dalam memori pencetak buat sementara waktu sebelum dokumen disimpan dalam peranti memori yang disambungkan kepada pencetak. Oleh sebab terdapat ralat memori penuh yang menyahdayakan penghantaran dan penerimaan faks, pastikan peranti memori bersambung kepada pencetak. Bilangan dokumen yang telah disimpan sementara dalam memori pencetak dipaparkan pada pada panel kawalan pencetak.

  1. Pilih Tetapan pada panel kawalan pencetak.

  2. Pilih Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Terima > Output Faks.

  3. Jika mesej pengesahan dipaparkan, sahkannya dan ketik OK.

  4. Pilih Simpan ke Peranti Memori.

  5. Pilih Ya. Untuk mencetak dokumen-dokumen secara automatik semasa menyimpan dalam peranti memori, pilih Ya dan Cetak.

  6. Semak mesej pada skrin dan kemudian pilih Cipta.

    Folder untuk menyimpan dokumen yang diterima dibuat dalam peranti memori.