> Panduan kepada Panel Kawalan > Konfigurasi Skrin Utama

Konfigurasi Skrin Utama

Memaparkan skrin Status Bekalan.

Anda boleh memeriksa anggaran paras dakwat dan anggaran tempoh hayat perkhidmatan kotak penyelenggaraan.

Memaparkan status sambungan rangkaian. Lihat yang berikut untuk mendapatkan butiran lanjut.

Panduan ke Ikon Rangkaian

Memaparkan skrin Tetapan Bunyi Peranti.

Anda boleh menetapkan Bisukan dan Mod Senyap. Anda turut boleh mengakses menu Bunyi daripada skrin ini. Anda juga boleh membuat tetapan ini daripada menu Tetapan.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Bunyi

Menunjukkan sama ada Mod Senyap ditetapkan untuk pencetak atau tidak. Apabila ciri ini didayakan, bunyi bising daripada operasi pencetak dikurangkan tetapi kelajuan cetakan mungkin berkurangan. Namun begitu, bunyi bising mungkin tidak dapat dikurangkan bergantung pada jenis kertas yang dipilih dan kualiti cetakan.

Menunjukkan bahawa Bisukan ditetapkan untuk pencetak.

Memaparkan skrin Maklumat Data Faks. Nombor yang dipaparkan menunjukkan bilangan faks yang belum dibaca, dicetak atau disimpan.

Memaparkan setiap menu.

  • Salin

    Membolehkan anda menyalin dokumen.

  • Imbasan

    Membolehkan anda mengimbas dokumen dan menyimpannya ke peranti memori atau komputer.

  • Faks

    Membolehkan anda menghantar faks.

  • Pratetap

    Membolehkan anda mendaftarkan tetapan yang sering digunakan untuk menyalin, mengimbas atau menghantar faks sebagai pratetap.

  • Peranti Memori

    Membolehkan anda mencetak data JPEG atau TIFF pada peranti memori seperti peranti kilat USB yang disambungkan ke pencetak.

  • Penyelengg.

    Memaparkan menu yang disyorkan untuk meningkatkan kualiti cetakan anda seperti membersihkan muncung dengan mencetak corak pemeriksaan muncung dan melakukan pembersihan kepala serta memperbaiki kekaburan atau jaluran dalam cetakan anda dengan menjajarkan kepala cetak. Anda juga boleh membuat tetapan ini daripada menu Tetapan.

    Tetapan > Penyelengg.

  • Tetapan

    Membolehkan anda membuat tetapan yang berkaitan dengan penyelenggaraan, tetapan pencetak dan operasi.

Menatal skrin ke kanan.