Baca arahan yang berikut sebelum menggantikan kotak penyelenggaraan.
Jangan sentuh cip hijau di sebelah kotak penyelenggaraan. Berbuat demikian boleh menghalang operasi normal dan percetakan.
Jangan condongkan kotak penyelenggaraan yang digunakan sehingga selepas ia dikedapkan dalam beg plastik; jika tidak dakwat mungkin bocor.
Jauhkan kotak penyelenggaraan daripada cahaya matahari langsung.
Jangan simpan kotak penyelenggaraan dalam suhu yang tinggi atau membeku.
Jangan menggantikan kotak penyelenggaraan semasa mencetak; jika tidak, dakwat mungkin bocor.
Jangan guna semula kotak penyelenggaraan yang telah dikeluarkan dan dibiarkan terpisah untuk tempoh yang panjang. Dakwat di dalam kotak telah membeku dan tiada dakwat boleh diserap.
Jangan keluarkan kotak penyelenggaraan kecuali apabila menggantikannya; jika tidak dakwat mungkin bocor.