Tetapan Hantar

Anda boleh menemui menu pada panel kawalan pencetak di bawah.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Hantar

Perhatian:

Pada skrin Web Config, anda boleh menemui menu di bawah.

Tab Fax > Send Settings

Putaran Auto:

Dokumen asal bersaiz A4 diletakkan dalam ADF atau pada kaca pengimbas dengan tepi panjangnya menghadap ke kiri dihantar sebagai faks bersaiz A3. Dayakan ini untuk memutar imej yang diimbas untuk menghantarnya pada saiz A4.

Masa Menunggu utk Asal sterusnya:

Tetapkan masa untuk menunggu dokumen seterusnya. Pencetak mula menghantar faks selepas masa itu tamat.

Masa Paparan Pratonton Faks:

Anda boleh pratonton dokumen yang diimbas untuk masa yang ditetapkan sebelum menghantarnya. Pencetak akan mula menghantar faks selepas masa itu tamat.

Pemilihan Saiz Asal (ADF):

Apabila ini didayakan dan anda mengisi dokumen di dalam ADF yang melebihi lebar helaian kertas potret A4, anda boleh memilih ukuran dokumen yang akan dihantar melalui faks.

PC to FAX Function:

Item ini dipaparkan pada skrin Web Config sahaja. Membolehkan penghantaran faks menggunakan komputer klien.