> Memfaks > Menghantar Faks Menggunakan Pencetak > Pelbagai Cara Menghantar Faks > Menghantar Dokumen Dengan Saiz Berbeza Menggunakan ADF (Imbas Berterusan(ADF))

Menghantar Dokumen Dengan Saiz Berbeza Menggunakan ADF (Imbas Berterusan(ADF))

Menghantar faks dengan meletakkan dokumen satu per satu atau dengan meletakkan dokumen mengikut saiz, anda boleh menghantarnya sebagai satu dokumen mengikut saiz asalnya.

Jika anda meletakkan dokumen asal dengan saiz yang berlainan dalam ADF, semua dokumen asal dihantar pada saiz yang terbesar di kalangannya. Untuk menghantar dokumen mengikut saiz asalnya, jangan letakkan dokumen dengan saiz yang bercampur-campur.

  1. Letakkan kelompok dokumen pertama mengikut saiz yang sama.

  2. Pilih Faks pada skrin utama.

  3. Nyatakan penerima.

    Memilih Penerima

  4. Pilih tab Tetapan Faks dan ketik tab Imbas Berterusan(ADF) untuk menetapkannya kepada Hdp.

    Anda turut boleh membuat tetapan seperti resolusi dan kaedah penghantaran jika perlu.

  5. Ketik (Hantar) pada tab Penerima.

  6. Apabila imbasan set dokumen asal yang pertama selesai dan mesej dipaparkan pada panel kawalan yang meminta anda mengimbas dokumen asal berikutnya, pilih Ya, tetapkan dokumen asal berikutnya, kemudian pilih Mula Mengimbas.

    Perhatian:

    Jika anda membiarkan pencetak tidak disentuh untuk tempoh yang ditetapkan dalam Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Hantar > Masa Menunggu utk Asal sterusnya selepas anda digesa untuk menetapkan dokumen seterusnya, pencetak akan berhenti menyimpan dan mula menghantar dokumen.