Pilih tetapan warna sama ada anda biasa mencetak dalam H&P atau Warna. Ttpan Yg Disimpan menggunakan tetapan yang telah dibuat untuk menyimpan ke storan.
Tentukan tetapan sumber kertas yang ingin dicetak.
Konfigurasi nisbah pembesaran bagi pembesaran atau pengecilan. Ketik nilai dan tentukan pembesaran dalam julat 25 hingga 400%.
Ttpan Yg Disimpan
Menggunakan tetapan yang telah dibuat untuk menyimpan ke storan.
Auto
Membesarkan atau mengecilkan data secara automatik untuk dimuatkan pada saiz kertas yang anda pilih.
Kertas Kurgkn utk Muat
Mencetak data pada saiz yang lebih kecil daripada nilai Kecilkan/Besarkan untuk dimuatkan dalam saiz kertas. Jika nilai Kecilkan/Besarkan lebih besar daripada saiz kertas, data mungkin dicetak melebihi tepi kertas.
Saiz Sbnr
Mencetak pada pembesaran 100%.
A3→A4 dan lain-lain
Membesarkan atau mengecilkan data untuk dimuatkan pada saiz kertas tertentu.
Pilih bentangan 2 muka.
2 Muka
Pilih sama ada hendak mencetak menggunakan 2 muka atau tidak.
Pengikatan
Pilih kedudukan ikatan untuk cetakan 2 muka.
Pilih bentangan cetakan.
Satu Hlmn
Mencetak data satu muka pada satu helaian.
2-atas
Menyalin dua data satu muka pada satu helaian dalam bentangan 2-ke atas. Pilih susunan bentangan.
4-atas
Mencetak empat data satu muka pada satu helaian dalam bentangan 4-ke atas. Pilih susunan bentangan.
Menyelesaikan
Pilih Menyusun (Urutan Hlmn) untuk mencetak dokumen berbilang halaman yang dikumpulkan mengikut susunan dan disusun menjadi set. Pilih Kumpulan (Hlmn Sama) untuk mencetak dokumen berbilang halaman dengan mendapatkan halaman bernombor yang sama seperti kumpulan.
Tlk Kluar Kertas
Jika anda memilih Putar Isih, anda boleh mencetak secara berselang-seli dalam arah potret dan arah landskap.
Tentukan tetapan ini apabila anda ingin membuat buku kecil daripada cetakan anda.
Buku Kecil
Membolehkan anda membuat buku kecil daripada cetakan anda.
Pengikatan
Pilih kedudukan ikatan untuk buku kecil.
Margin Pengikatan
Tentukan margin ikatan. Anda boleh menetapkan 0 hingga 50 mm sebagai margin ikatan dalam penambahan 1mm.
Penutup
Membolehkan anda menambahkan penutup pada buku kecil.
Tetapan Kertas
Pilih sumber kertas tempat anda mengisi kertas untuk penutup.
Penutup Depan
Tentukan tetapan cetak untuk penutup depan. Jika anda tidak mahu mencetak pada penutup depan, pilih Jangan cetak.
Penutup Belakang
Tentukan tetapan cetak untuk penutup belakang. Jika anda tidak mahu mencetak pada penutup belakang, pilih Jangan cetak.