Baca arahan yang berikut sebelum menggantikan kotak penyelenggaraan.
Jangan menyentuh bahagian-bahagian yang ditunjukkan dalam ilustrasi. Berbuat demikian boleh menghalang operasi normal dan anda mungkin dicomotkan dengan dakwat.

Jangan condongkan kotak penyelenggaraan yang digunakan sehingga selepas ia dikedapkan dalam beg plastik; jika tidak dakwat mungkin bocor.
Jauhkan kotak penyelenggaraan daripada cahaya matahari langsung.
Jangan simpan kotak penyelenggaraan dalam suhu yang tinggi atau membeku.
Jangan guna semula kotak penyelenggaraan yang telah dikeluarkan dan dibiarkan terpisah untuk tempoh yang panjang. Dakwat di dalam kotak telah membeku dan tiada dakwat boleh diserap.
Jangan keluarkan kotak penyelenggaraan dan penutupnya kecuali apabila menggantikan kotak penyelenggaraan; jika tidak dakwat mungkin bocor.