Peti masuk dan kotak sulit terdapat dalam Kotak Faks > Peti masuk/Sulit.
Anda boleh menyimpan sehingga 200 dokumen dalam peti masuk dan kotak sulit secara keseluruhan.
Anda boleh menggunakan satu Peti Masuk dan mendaftar sehingga 10 kotak sulit. Nama kotak dipaparkan pada kotak. Sulit XX ialah nama lalai untuk setiap kotak sulit.
Memaparkan senarai faks diterima mengikut nama penghantar, tarikh diterima dan halaman. Jika Nama Fail ditetapkan dalam Lain-lain, nama fail dipaparkan dan bukannya nama penghantar.
Memaparkan skrin pratonton untuk dokumen.
Pilih
untuk memaparkan pratonton halaman.
: Mengecilkan atau membesarkan.
: Memutarkan imej ke kanan sebanyak 90 darjah.
: Menggerakkan skrin dalam arah anak panah.
: Menggerakkan ke halaman sebelumnya atau seterusnya.
Untuk menyembunyikan ikon operasi, ketik di mana-mana pada skrin pratonton kecuali pada ikon. Ketik sekali lagi untuk memaparkan ikon.
Memaparkan maklumat untuk dokumen yang dipilih seperti tarikh dan masa yang disimpan, dan jumlah halaman.
Anda boleh melakukan operasi berikut untuk dokumen yang dipilih.
Hantar Faks
Majukan(E-mel)
Majukan(Folder Rangkaian)
Simpan ke Peranti Memori
Anda boleh memilih PDF atau TIFF dalam Format Fail semasa menyimpan atau memajukan dokumen. Apabila anda memilih PDF, anda boleh membuat tetapan berikut dalam Tetapan PDF jika perlu.
Kata Laluan Buka Dokumen
Kata Laluan Kebenaran untuk Mencetak dan Mengedit
Apabila mesej Padamkan Apabila Selesai dipaparkan, pilih Hidup untuk memadamkan faks selepas menyelesaikan proses seperti Majukan(E-mel) atau Simpan ke Peranti Memori.
(Menu Peti)
Item akan dipaparkan hanya apabila terdapat faks yang disimpan dalam kotak. Mencetak semua faks dalam kotak. Memilih Hidup dalam Padamkan Apabila Selesai memadamkan semua faks apabila selesai mencetak.
Item akan dipaparkan hanya apabila terdapat faks yang disimpan dalam kotak. Menyimpan semua faks ke peranti memori luaran dalam kotak.
Anda boleh memilih PDF atau TIFF dalam Format Fail semasa menyimpan atau memajukan dokumen. Apabila anda memilih PDF, anda boleh membuat tetapan berikut dalam Tetapan PDF jika perlu.
Kata Laluan Buka Dokumen
Kata Laluan Kebenaran untuk Mencetak dan Mengedit
Memilih Hidup dalam Padamkan Apabila Selesai akan memadamkan semua dokumen apabila selesai menyimpan.
Ini akan dipaparkan apabila terdapat dokumen di dalam kotak. Memadamkan semua dokumen yang telah dibaca di dalam kotak.
Ini akan dipaparkan apabila terdapat dokumen di dalam kotak. Memadamkan semua dokumen yang belum dibaca di dalam kotak.
Ini akan dipaparkan hanya apabila terdapat dokumen faks yang disimpan di dalam kotak. Memadamkan semua faks dalam kotak.
Item berikut dipaparkan apabila anda memilih Peti masuk > Menu Peti > Tetapan.
Pilihan apabila ingatan penuh: Buat satu pilihan untuk mencetak atau menolak faks masuk selepas Peti Masuk penuh.
Tetapan Kata Laluan Peti Masuk: Anda boleh menetapkan kata laluan atau menukarnya.
Padam Faks Yang Diterima Secara Automatik: Memilih Hidup akan memadamkan secara automatik dokumen faks yang diterima dalam peti masuk selepas tempoh tertentu. Apabila Ikut Tetapan Faks dipilih, tetapan berikut digunakan.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Terima > Tetapan Simpan/Majukan > Tetapan Biasa > Tetapan Padam Dokumen Dalam Kotak
Item berikut dipaparkan apabila anda memilih kotak sulit dan memilih Menu Peti > Tetapan.
Nama: Masukkan nama untuk kotak sulit.
Kata laluan utk Membuka Peti: Anda boleh menetapkan kata laluan atau menukarnya.
Padam Faks Yang Diterima Secara Automatik: Memilih Hidup akan memadamkan secara automatik dokumen faks yang diterima dalam peti masuk selepas tempoh tertentu.