Membuat Tetapan Wi-Fi melalui Persediaan Kod PIN (WPS)

Anda boleh menyambung ke penghala wayarles secara automatik dengan menggunakan kod PIN. Anda boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat penyediaan jika penghala wayarles berupaya melakukan WPS (Persediaan Terlindung Wi-Fi). Gunakan komputer untuk memasukkan kod PIN ke penghala wayarles.

  1. Ketik pada skrin utama.

  2. Ketik Penghala.

  3. Ketik Mulakan Persediaan.

  4. Ketik Persediaan Wi-Fi.

    Jika anda telah membuat tetapan Ethernet, semak mesej dan ketik Ya.

  5. Ketik Lain-lain > Persediaan Kod PIN (WPS)

  6. Ikut arahan pada skrin.

    Jika anda ingin menyemak status sambungan rangkaian untuk pencetak selepas persediaan selesai, lihat pautan maklumat yang berkaitan di bawah untuk maklumat lanjut.

    Perhatian:

    Lihat dokumentasi yang disertakan dengan penghala wayarles untuk mendapatkan butiran tentang memasukkan kod PIN.