Tetapan Storan

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Storan

Kawalan Akses Folder Kongsi:
  • Akses

    Pilih sama ada hendak membenarkan penggunaan folder kongsi atau tidak (tetap).

  • Autoriti Operasi

    Pilih untuk menyekat pembuatan, pengeditan dan pemadaman folder kepada pentadbir atau pengguna.

  • Autoriti Tetapan Pemadaman Automatik

    Pilih untuk menyekat tetapan pemadaman automatik fail yang disimpan kepada pentadbir atau pengguna.

Pengurusan Fail Folder Kongsi:
  • Pemadaman Fail Automatik

    Pilih sama ada hendak memadamkan fail yang disimpan secara automatik atau tidak.

  • Tempoh Sehingga Pemadaman

    Tetapkan masa sehingga pemadaman automatik. Masa mula dikira apabila fail disimpan atau kali terakhir digunakan. Apabila folder kongsi baru dibuat, tetapan di sini akan digunakan pada folder baru. Anda juga boleh menukar tetapan untuk setiap folder kemudian.

  • Guna pada Semua Folder Kongsi

    Menggunakan tetapan Pemadaman Fail Automatik dan Tempoh Sehingga Pemadaman pada semua folder kongsi.

Pengurusan Fail Folder Peribadi:

Tetapan di bawah digunakan untuk setiap folder peribadi. Anda tidak boleh membuat tetapan untuk setiap folder.

  • Pemadaman Fail Automatik

    Pilih sama ada hendak memadamkan fail yang disimpan secara automatik atau tidak.

  • Tempoh Sehingga Pemadaman

    Tetapkan masa sehingga pemadaman automatik. Masa mula dikira apabila fail disimpan atau kali terakhir digunakan.

Tindakan Tambahan:
  • Padamkan Fail selepas Output

    Pilih sama ada hendak memadamkan fail atau tidak selepas mencetak atau menyimpan.

  • Kawalan Akses

    Apabila Dibenarkan dipilih, kotak semak dipaparkan pada skrin Senarai Fail dan anda boleh memilih sama ada hendak memadamkan fail tersebut atau tidak selepas mencetak atau menyimpan.

Lihat Pilihan:

Pilih format paparan untuk Senarai Folder dan skrin Senarai Fail.

Pilihan Carian:
  • Mulai dengan

    Memaparkan folder dan fail yang bermula dengan kata kunci yang digunakan dalam carian.

  • Berakhir dengan

    Memaparkan folder dan fail yang berakhir dengan kata kunci yang digunakan dalam carian.

  • Menyertakan

    Memaparkan folder dan fail yang mengandungi kata kunci yang digunakan dalam carian.