Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.
Anda tidak boleh menukar tetapan yang telah dikunci oleh pentadbir anda.
Laraskan kelantangan.
Bisukan
Pilih Hidup untuk meredam bunyi seperti bunyi Tekan Butang.
Mod biasa
Pilih kelantangan seperti Tekan Butang.
Mod Senyap
Pilih kelantangan seperti Tekan Butang dalam Mod Senyap.
Pilih Hidup untuk mengesan ralat suapan kertas berganda semasa mengimbas dengan ADF.
Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pencetak tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.
Pilih Hidup untuk kembali daripada mod tidur (mod penjimatan tenaga) dengan mengetik panel sentuhan. Apabila mod ini dimatikan, anda perlu menekan butang kuasa pada panel kawalan untuk membangkitkan pencetak. Tindakan mematikan ciri ini akan menghalang sebarang operasi yang tidak disengajakan yang disebabkan oleh objek asing yang tersentuh skrin. Anda juga boleh menetapkan tempoh semasa ciri ini dihidupkan.
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Tetapan Mati Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik apabila tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pmsa Mati Ksa bergantung pada lokasi pembelian.
Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.
Matikn Kuasa Jika Dinyahsambungkan
Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port LINE diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
Tetapan ini dinyahdayakan semasa papan ethernet pilihan atau papan faks dipasang.
Tarikh/Masa
Masukkan tarikh dan masa semasa.
Waktu Jimat Siang
Pilih tetapan masa musim panas yang terpakai kepada kawasan anda.
Perbezaan Masa
Masukkan perbezaan masa antara waktu tempatan anda dan UTC (Waktu Universal Selaras).
Pilih negara atau rantau tempat anda menggunakan pencetak. Jika anda menukar negara atau rantau, tetapan faks anda kembali kepada tetapan lalainya dan anda perlu memilihnya semula.
Tentukan menu permulaan yang dipaparkan pada skrin LCD apabila pencetak dihidupkan dan Operasi Tamat Masa didayakan.
Tukar bentangan ikon pada skrin LCD. Anda juga boleh menambahkan, mengalih keluar dan mengalihkan ikon.
Tukar warna latar belakang skrin LCD.
Anda turut boleh memilih imej latar belakang daripada peranti memori. Hanya format JPEG disokong.
Pilih Hidup untuk kembali ke skrin permulaan apabila tiada operasi dilakukan untuk masa tertentu. Apabila sekatan pengguna telah digunakan dan tiada operasi dilakukan untuk masa tertentu, anda dilog keluar dan dikembalikan ke skrin permulaan. Apabila cetakan dihentikan seketika daripada monitor status atau dengan menggunakan butang batalkan atau berhenti dan tiada operasi dilakukan untuk tempoh masa tertentu, cetakan akan disambung semula secara automatik. Jika anda memilih Mati untuk ciri ini, ia tidak akan disambung semula secara automatik selepas cetakan dihentikan seketika.
Pilih Hidup untuk memaparkan mesej pengesahan yang bertanya jika anda mahu meneruskan cetakan apabila tugas cetakan dengan skala kelabu dikira sebagai tugas cetakan berwarna.
Pilih maklumat lalai yang anda mahu paparkan apabila anda mengetik Status Tugas.
Pilih Hidup untuk mendayakan kesan animasi semasa menukar skrin. Jika anda memilih Mati, penukaran skrin akan menjadi lebih pantas.
ADF dan kaca pengimbas dilengkapi dengan sensor yang mengesan saiz kertas secara automatik. Namun begitu, kerana ciri-ciri sensor, saiz yang serupa tidak dapat dikenal pasti dan kertas bersaiz K, yang biasanya digunakan di China, tidak dapat dikenal pasti dengan betul dalam keadaan awal pencetak. Pilih Keutamaan Saiz K jika anda sering menggunakan kertas bersaiz K. Saiz asal akan dikenal pasti sebagai saiz K dan bukannya saiz anggaran. Bergantung pada saiz dan orientasi kertas, ia mungkin dikesan sebagai saiz anggaran lain. Namun begitu, saiz K mungkin tidak dikesan secara automatik bergantung pada fungsi yang anda gunakan. Contohnya, semasa mengimbas dan menyimpan ke komputer menggunakan aplikasi, sama ada saiz K dapat dikesan secara automatik atau tidak bergantung pada tingkah laku perisian aplikasi itu.