> Panduan kepada Panel Kawalan > Konfigurasi Skrin Utama

Konfigurasi Skrin Utama

Memaparkan skrin Status Bekalan. Anda boleh memeriksa anggaran paras dakwat dan anggaran tempoh hayat perkhidmatan kotak penyelenggaraan. Anda turut boleh menggantikan katrij dakwat atau mencetak helaian status bekalan.

Memaparkan status sambungan rangkaian.

Panduan ke Ikon Rangkaian

Menunjukkan bahawa Mod Senyap ditetapkan untuk pencetak. Apabila ciri ini didayakan, bunyi bising daripada operasi pencetak dikurangkan tetapi kelajuan cetakan mungkin berkurangan. Namun begitu, bunyi bising mungkin tidak dapat dikurangkan bergantung pada jenis kertas yang dipilih dan kualiti cetakan. Pilih untuk mengubah tetapan.

Memaparkan setiap menu.

  • Penyelenggaraan

    Memaparkan menu yang disyorkan untuk meningkatkan kualiti cetakan anda seperti membersihkan muncung dengan mencetak corak pemeriksaan muncung dan melakukan pembersihan kepala serta memperbaiki kekaburan atau jaluran dalam cetakan anda dengan menjajarkan kepala cetakan.

  • Tetapan

    Membolehkan anda membuat tetapan yang berkaitan dengan penyelenggaraan, tetapan pencetak dan operasi.

  • Wi-Fi

    Memaparkan menu yang membolehkan anda menyediakan pencetak untuk digunakan pada rangkaian wayarles.