> Panduan kepada Panel Kawalan > Konfigurasi Skrin Utama

Konfigurasi Skrin Utama

Ini dipaparkan apabila kemas kini perisian tegar tersedia.

Pilihnya untuk mengemas kini perisian tegar bagi menambah baik ciri pencetak. Kami mengesyorkan untuk menggunakan pencetak dengan versi terkini perisian tegar.

Anda boleh memeriksa anggaran paras dakwat dan anggaran tempoh hayat perkhidmatan kotak penyelenggaraan.

Memaparkan status sambungan rangkaian. Lihat yang berikut untuk mendapatkan butiran lanjut.

Panduan ke Ikon Rangkaian

Menunjukkan bahawa Mod Senyap ditetapkan untuk pencetak. Apabila ciri ini didayakan, bunyi bising daripada operasi pencetak dikurangkan tetapi kelajuan cetakan mungkin berkurangan. Namun begitu, bunyi bising mungkin tidak dapat dikurangkan bergantung pada jenis kertas yang dipilih dan kualiti cetakan. Pilih untuk mengubah tetapan. Anda juga boleh membuat tetapan ini daripada menu Tetapan.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Pencetak > Mod Senyap

Memaparkan skrin Bantuan. Anda boleh melihat arahan pengendalian atau penyelesaian kepada masalah.

Memaparkan setiap menu.

  • Cetak Drp Mmri Dlm

    Membolehkan anda untuk menyimpan sementara tugas yang dihantar daripada pemacu pencetak kepada memori pencetak sebelum mencetak. Anda boleh mencetak tugas yang dilindungi kata laluan dan menjalankan ujian cetakan apabila mencetak beberapa salinan.

  • Penyelenggaraan

    Memaparkan menu yang disyorkan untuk meningkatkan kualiti cetakan anda seperti membersihkan muncung dengan mencetak corak pemeriksaan muncung dan melakukan pembersihan kepala serta memperbaiki kekaburan atau jaluran dalam cetakan anda dengan menjajarkan kepala cetak. Anda juga boleh membuat tetapan ini daripada menu Tetapan.

    Tetapan > Penyelenggaraan

  • Tetapan

    Membolehkan anda membuat tetapan yang berkaitan dengan penyelenggaraan, tetapan pencetak dan operasi.

  • Wi-Fi

    Memaparkan menu yang membolehkan anda menyediakan pencetak untuk digunakan pada rangkaian wayarles. Anda juga boleh membuat tetapan ini daripada menu Tetapan.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Persediaan Wi-Fi

Menatal skrin ke kanan.