Import maklumat kenalan daripada fail.
Anda boleh mengimport fail yang disimpan dalam format SYLK atau format csv atau fail binari sandaran yang termasuk item keselamatan.
Mulakan Epson Device Admin.
Pilih Devices pada menu tugas bar sisi.
Pilih peranti yang ingin anda konfigurasikan daripada senarai peranti.
Klik Device Configuration pada tab Home pada menu reben.
Apabila kata laluan pentadbir telah ditetapkan, masukkan kata laluan dan klik OK.
Klik Common > Contacts.
Klik Browse pada Import.
Pilih fail yang ingin diimport kemudian klik Open.
Apabila anda memilih fail binari, dalam Password masukkan kata laluan yang anda tetapkan semasa mengeksport fail.
Klik Import.
Skrin pengesahan dipaparkan.
Klik OK.
Hasil pengesahan dipaparkan.
Klik Import, dan kemudian klik OK pada skrin selesai import.
Kembali ke skrin sifat peranti.
Klik Transmit.
Klik OK pada mesej pengesahan.
Tetapan dihantar ke pencetak.
Pada skrin selesai penghantaran, klik OK.
Maklumat pencetak dikemas kini.
Buka kenalan daripada Web Config atau panel kawalan pencetak, dan kemudian semak sama ada kenalan itu dikemas kini.