Mengesahkan bahawa Imbasan Rangkaian Didayakan

Anda boleh menetapkan perkhidmatan imbasan rangkaian apabila anda mengimbas daripada komputer pelanggan melalui rangkaian. Tetapan lalai didayakan.

  1. Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.

    Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.

    Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi

  2. Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.

  3. Pilih dalam susunan berikut.

    Tab Scan/Copy > Network Scan

  4. Pastikan bahawa Enable scanning EPSON Scan dipilih.

    Jika dipilih, tugas ini selesai. Tutup Web Config.

    Jika dikosongkan, pilih dan pergi ke langkah seterusnya.

  5. Klik Next.

  6. Klik OK.

    Rangkaian disambungkan semula, dan kemudian tetapan didayakan.