Untuk menggunakan maklumat pelayan LDAP, daftarkannya pada pencetak.
Masukkan alamat IP pencetak ke dalam pelayar untuk mengakses Web Config.
Masukkan alamat IP pencetak daripada komputer yang disambungkan ke rangkaian yang sama dengan pencetak.
Anda boleh menyemak alamat IP pencetak daripada menu berikut.
Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Rangkaian > Status Rangkaian > Status LAN Berwayar/Wi-Fi
Masukkan kata laluan pentadbir untuk log masuk sebagai pentadbir.
Pilih dalam susunan berikut.
Tab Network > LDAP Server > Basic
Masukkan nilai untuk setiap item.
Pilih OK.
Tetapan yang telah anda pilih dipaparkan.