Tidak Boleh Menerima Faks

Sebab berikut boleh dipertimbangkan.

Kami juga mengesyorkan supaya anda menyemak status pencetak dalam Tugas/Status, seperti sama ada pencetak sedang menerima faks atau tidak.

Mod Terima ditetapkan kepada Manual, manakala peranti telefon luar disambungkan ke pencetak.

Penyelesaian

Jika peranti telefon luar disambungkan ke pencetak dan berkongsi talian telefon dengan pencetak, pilih Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas, kemudian tetpkan Mod Terima kepada Auto.

Subalamat dan kata laluan salah.

Penyelesaian

Apabila menerima faks menggunakan ciri subalamat, pastikan bahawa subalamat dan kata laluan adalah betul.

Semak dengan pengirim bahawa subalamat dan kata laluan sepadan.

Untuk menukar subalamat atau kata laluan, pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah, pilih kotak sulit yang sepadan dengan tetapan, dan kemudian tetapkan Syarat-syarat yang betul.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Terima > Tetapan Simpan/Majukan > Simpan/Majukan Bersyarat

Nombor faks pengirim telah didaftarkan pada Senarai Nbr Penolakn.

Penyelesaian

Pastikan nombor pengirim boleh dipadamkan daripada Senarai Nbr Penolakn sebelum memadamnya. Padamnya daripada Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Faks Penolakan > Edit Senarai Nombor Penolakan. Atau nyahdayakannya Senarai Nbr Penolakn dalam Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Faks Penolakan > Faks Penolakan. Faks yang dihantar daripada nombor yang telah didaftarkan pada senarai ini disekat apabila tetapan ini didayakan.

Nombor faks pengirim belum didaftarkan dalam senarai kenalan.

Penyelesaian

Daftar nombor faks pengirim ke senarai kenalan. Atau nyahdayakan Kenalan Tidak Berdaftar dalam Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Faks Penolakan > Faks Penolakan. Faks yang dihantar daripada nombor yang belum didaftarkan pada senarai ini disekat apabila tetapan ini didayakan.

Pengirim telah menghantar faks tanpa maklumat pengepala.

Penyelesaian

Tanya pengirim sama ada maklumat pengepala disediakan pada mesin faks mereka. Atau nyahdayakan Faks Pengepala Ksg Disekat dalam Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Faks Penolakan > Faks Penolakan. Faks yang tidak mengandungi maklumat pengepala disekat apabila tetapan ini didayakan.

Melanggan perkhidmatan pemajuan panggilan.

Penyelesaian

Sekiranya anda melanggan perkhidmatan pemajuan panggilan, pencetak mungkin tidak boleh menerima faks. Hubungi pembekal perkhidmatan.