Sekiranya mesej ralat dipaparkan pada skrin LCD, ikut arahan pada skrin atau penyelesaian di bawah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika mesej dipaparkan apabila anda tidak dapat mengimbas kepada folder yang dikongsi daripada panel kawalan, lihat maklumat yang berkaitan di bawah.
|
Mesej Ralat |
Penyelesaian |
|---|---|
|
Ralat pencetak. Matikan kuasa dan hidupkan semula. Untuk mendapatkan butiran, lihat dokumentasi anda. |
|
|
Kertas keluar di dalam XX. Muatkan kertas. Saiz Kertas: XX/Jenis Kertas: XX |
Muatkan kertas dan masukkan kaset kertas sepenuhnya. |
|
Terlalu banyak unit kaset kertas yang dipasang. Matikan kuasa dan nyahpasang unit tambahan. Lihat dokumentasi anda untuk mendapatkan butiran. |
Anda boleh memasang sehingga tiga unit kaset kertas pilihan. Bagi unit kaset kertas pilihan lain, nyahpasangnya dengan mengikut langkah terbalik untuk pemasangan. |
|
Tidak dapat mencetak kerana XX rosak. Anda boleh mencetak dari kaset lain. |
Matikan dan hidupkan kuasa semula dan kemudian masukkan semula kaset kertas. Jika mesej ralat masih dipaparkan, hubungi sokongan Epson atau pembekal perkhidmatan Epson yang disahkan untuk meminta pembaikan. |
|
Penggulung pikap dalam XX berada hampir pada akhir hayat perkhidmatannya. |
Penggulung pikap perlu digantikan secara berkala. Kertas tidak dimuatkan dengan betul dari kaset kertas apabila tiba masa untuk penggantian. Sediakan penggulung pikap yang baharu. |
|
Penggulung pikap dalam XX telah mencapai akhir hayat perkhidmatannya. |
Gantikan penggulung pikap. Selepas menggantikan penggulung, pilih Tetapan > Penyelengg. > Maklumat Penggulung pikap > Set Semula Pengira, kemudian pilih kaset kertas yang penggulung pikap digantikan. |
|
Anda perlu menggantikan Unit Bekalan Dakwat. |
Untuk memastikan anda menerima kualiti cetakan premium dan untuk membantu melindungi kepala cetak anda, simpanan keselamatan dakwat pembolehubah kekal dalam unit bekalan dakwat apabila pencetak anda menunjukkan sudah tiba masa untuk menggantikan unit bekalan dakwat. Gantikan dengan unit-unit bekalan dakwat baharu. |
|
Pprn Auto Persediaan Krts ditetapkan kepada Mati. Beberapa ciri mungkin tidak tersedia. Untuk butiran, lihat dokumentasi anda. |
Sekiranya Pprn Auto Persediaan Krts dinyahdayakan, anda tidak boleh menggunakan AirPrint. |
|
Tiada nada dail dikesan. |
Masalah ini mungkin diselesaikan dengan memilih Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas > Jenis Talian dan kemudian memilih PBX. Sekiranya sistem telefon anda memerlukan kod akses luaran untuk mendapatkan talian luar, tetapkan kod akses selepas memilih PBX. Gunakan # (cincangan) dan bukannya kod akses yang sebenar apabila memasukkan nombor faks luar. Ini menjadikan sambungan lebih selamat. Sekiranya mesej ralat masih dipaparkan, tetapkan tetapan Pengesanan Nada Dail kepada dinyahdayakan. Walau bagaimanapun, menyahdayakan ciri ini boleh menyebabkan angka pertama nombor faks digugurkan dan menghantar faks ke nombor yang salah. |
|
Gagal menerima faks kerana kapasiti data faks penuh. Sentuh Kerja/Status di bahagian bawah skrin laman utama untuk mendapatkan butiran. |
Faks yang diterima mungkin terkumpul tanpa diproses disebabkan sebab-sebab yang berikut.
|
|
Gabungan alamat IP dan topeng subnet tidak sah. Lihat dokumentasi anda utk butiran lanjut. |
Hubungi pentadbir pencetak anda. |
|
Kemas kini sijil punca untuk menggunakan perkhidmatan awan. |
Hubungi pentadbir pencetak anda. |
|
Pastikan ttpn port pencetak (seperti Alamat IP) atau pemacu pencetak betul melalui komp. |
Pastikan port pencetak dipilih dengan betul dalam Ciri > Port dari menu Pencetak seperti berikut. Pilih “USBXXX” untuk sambungan USB, atau “EpsonNet Print Port” untuk sambungan rangkaian. |
|
Ralat suapan kertas. Kluarkn XX dan muatkan semula. Pastikan tiada kertas tersekat tertinggal di dlm pencetak. |
Tarik keluar kaset kertas1, keluarkan kertas yang tersekat dari dalam pencetak, dan kemudian masukkan semula kaset kertas. Walaupun anda tidak boleh menyuap kertas, periksa kedudukan kunci penggulung pikap. Jika kedudukannya salah, tolak kunci penggulung pikap dengan jari anda untuk membetulkan kedudukan. Lihat Manual Video Web untuk kedudukan kunci penggulung pikap. |
|
Recovery Mode Update Firmware |
Hubungi pentadbir pencetak anda. |