Membuat Tetapan untuk Menghantar Faks Menggunakan Kod Akses Luaran (#)

Anda boleh menghantar faks ke nombor faks luar menggunakan # (hash) dan bukannya kod akses luaran sebenar seperti 0 atau 9.

  1. Pilih Tetapan pada panel kawalan pencetak.

  2. Pilih Tetapan Pencetak > Tetapan Faks > Tetapan Asas.

  3. Pilih Jenis Talian dan kemudian, pilih PBX.

  4. Pilih kotak Kod Akses kemudian pilih Kegun.

  5. Ketik kotak input Kod Akses, masukkan kod akses luar yang digunakan untuk sistem telefon anda dan kemudian, ketik OK.

  6. Pilih OK untuk menggunakan tetapan.

    Simbol # yang dimasukkan sebagai ganti kod akses sebenar digantikan dengan kod akses yang disimpan, seperti 0 atau 9, semasa mendail. Menggunakan # membantu mengelakkan masalah sambungan apabila menyambung kepada satu talian luar.

    Perhatian:

    Apabila Kod Akses ditetapkan kepada Kegun, anda tidak boleh menghantar faks kepada penerima dalam Kenalan yang mempunyai kod akses luaran seperti 0 atau 9 ditetapkan.

    Jika anda telah mendaftar penerima dalam Kenalan menggunakan kod akses luar seperti 0 atau 9, tetapkan Kod Akses kepada Jgn Guna. Jika tidak, anda mesti menukar kod itu kepada # dalam Kenalan.