> Arahan Penting > Arahan Keselamatan > Arahan Keselamatan untuk Dakwat

Arahan Keselamatan untuk Dakwat

  • Berhati-hati semasa anda mengendalikan unit-unit bekalan dakwat yang telah digunakan, kerana mungkin terdapat sedikit dakwat di sekitar port bekalan dakwat.

    • Sekiranya dakwat terkena pada kulit anda, basuh kawasan tersebut sehingga bersih dengan sabun dan air.

    • Sekiranya dakwat masuk ke dalam mata anda, bilas segera dengan air. Sekiranya ketidakselesaan atau masalah penglihatan berterusan selepas membilas, sila berjumpa doktor dengan segera.

    • Sekiranya dakwat masuk ke dalam mulut anda, sila berjumpa doktor dengan segera.

  • Jangan membuka unit bekalan dakwat dan kotak penyelenggaraan; jika tidak dakwat boleh masuk ke dalam mata atau terkena pada kulit anda.

  • Jangan menggoncang unit-unit bekalan dakwat terlalu kuat; jika tidak dakwat mungkin keluar dari unit-unit bekalan dakwat.

  • Jauhkan unit-unit bekalan dakwat dan kotak penyelenggaraan daripada capaian kanak-kanak.