> Penjagaan Pencetak > Menggantikan Pengguling Selenggaraan dalam Kaset Kertas 2 hingga 4

Menggantikan Pengguling Selenggaraan dalam Kaset Kertas 2 hingga 4

Terdapat dua tempat untuk menggantikan pengguling selenggaraan: di belakang pencetak (dua penggulung) dan pada kaset kertas (satu penggulung).

  1. Matikan pencetak dengan menekan butang dan kemudian cabut palam kord kuasa.

  2. Keluarkan pengguling selenggaraan baharu daripada bungkusannya.

    Penting:
    • pengguling selenggaraan untuk kaset kertas 1 dan kaset kertas 2 hingga 4 adalah berbeza. Semak arah anak panah di tengah-tengah pengguling selenggaraan dan pastikan pengguling selenggaraan adalah penggulung untuk kaset kertas 2 hingga 4. Jika anda memasang penggulung yang salah, pencetak mungkin tidak menyuapkan kertas.

    • Berhati-hati agar tidak mencalar atau merosakkan permukaan pengguling selenggaraan. Jika habuk melekat pada permukaan pengguling selenggaraan, bersihkan penggulung menggunakan kain lembut dan lembap. Menggunakan kain kering boleh merosakkan permukaan penggulung.

  3. Tarik keluar kaset kertas yang anda mahu gantikan penggulungnya.

  4. Pusingkan pencetak dan kemudian buka penutup belakang pencetak.

  5. Tanggalkan skru menggunakan pemutar skru dan tanggalkan penutup di belakang di dalam pencetak.

  6. Luncur keluar dua pengguling selenggaraan terpakai dan keluarkannya.

  7. Masukkan dua pengguling selenggaraan sehingga ia berbunyi klik masuk ke tempatnya.

    Perhatian:

    Masukkan pengguling selenggaraan dengan menggolekkannya supaya anda boleh memasukkannya dengan lancar.

  8. Ketatkan skru untuk memasang semula penutup.

  9. Tutup penutup belakang.

  10. Lepaskan tuas.

  11. Luncurkan pengguling selenggaraan ke arah tuas dan kemudian keluarkannya dengan mengeluarkan aci daripada pemegang.

  12. Masukkan aci pengguling selenggaraan baharu ke dalam lubang di dalam pemegang dan kemudian luncurkan aci di bahagian tuas sepanjang slot ketika ia menghadap permukaan rata di bahagian depan.

  13. Kuncikan tuas.

  14. Masukkan kaset kertas.

  15. Hidupkan pencetak, pilih Tetapan > Penyelengg. > Maklumat Pengguling Penyelenggaraan > Tetapkan Semula Pembilang Pengguling Penyelenggaraan dan kemudian pilih kaset kertas yang anda gantikan pengguling selenggaraan di dalamnya.