Anda boleh mendaftar akaun pengguna pada pencetak, menghubungkannya dengan fungsi dan mengawal fungsi yang boleh digunakan oleh pengguna.
Apabila mendayakan kawalan akses, pengguna boleh menggunakan fungsi seperti salin, faks dan sebagainya dengan memasukkan kata laluan pada panel kawalan pencetak dan log masuk ke pencetak.
Fungsi yang tidak tersedia akan dikelabukan dan tidak boleh dipilih.
Daripada komputer, apabila anda mendaftar maklumat pengesahan pada pemacu pencetak atau pemacu pengimbas, anda akan dapat mencegah atau mengimbas. Untuk mendapatkan butiran tentang tetapan pemacu, lihat bantuan atau manual pemacu.