> Menyelesaikan Masalah > Kualiti Mencetak, Menyalin, Mengimbas dan Faks Rendah > Kualiti Cetakan Rendah > Imej atau Foto Dicetak dalam Warna Yang Tidak Dijangkakan

Imej atau Foto Dicetak dalam Warna Yang Tidak Dijangkakan

Sebab berikut boleh dipertimbangkan.

Muncung kepala cetak mungkin tersumbat.

Penyelesaian

Gunakan ciri Pelarasan Kualiti Cetakan. Jika anda tidak menggunakan pencetak untuk masa yang sangat lama, muncung kepala cetak mungkin telah tersumbat dan titisan dakwat mungkin tidak dikeluarkan.

Pembetulan warna telah digunakan.

Penyelesaian

Apabila mencetak dari panel kawalan atau dari pemacu pencetak Windows, tetapan pelarasan auto foto Epson digunakan secara lalai bergantung pada jenis kertas. Cuba tukar tetapan.

  • Panel kawalan

    Tukar tetapan Baiki Foto daripada Auto kepada sebarang pilihan lain. Jika menukar tetapan tidak berfungsi, pilih Pertingkatkan mati sebagai tetapan Baiki Foto.

  • Pemacu pencetak Windows

    Pada tab Lagi Pilihan, pilih Tersuai dalam Pembetulan Warna, kemudian klik Lanjutan. Tukar tetapan Pembetulan Latar daripada Automatik kepada sebarang pilihan lain. Jika langkah menukar tetapan tidak berkesan, gunakan sebarang kaedah pembetulan warna selain daripada Peningk.Foto dalam Pengurusan Warna.