Peruntukan Alamat IP

Ini adalah peruntukan alamat IP daripada jenis berikut.

Alamat IP statik:

Peruntukkan alamat IP yang telah ditentukan lebih awal kepada pencetak (jos) secara manual.

Maklumat untuk menyambungkan kepada rangkaian (topeng subnet, get laluan lalai, pelayan DNS dan sebagainya) perlu ditetapkan secara manual.

Alamat IP tidak akan berubah walaupun semasa peranti dimatikan, oleh sebab itu, ini berguna apabila anda ingin mengurus peranti dengan persekitaran yang tidak membenarkan anda menukar alamat IP atau anda ingin mengurus peranti menggunakan alamat IP. Kami cadangkan anda menetapkan kepada pencetak, pelayan dan sebagainya yang banyak diakses oleh komputer. Selain itu, semasa mengguna ciri keselamatan seperti penapisan IPsec/IP, peruntukkan alamat IP tetap supaya alamat IP itu tidak berubah.

Peruntukkan secara automatik menggunakan fungsi DHCP (alamat IP dinamik):

Peruntukkan alamat IP secara automatik kepada pencetak (hos) menggunakan fungsi DHCP pada pelayan DHCP atau penghala.

Maklumat untuk menyambungkan kepada rangkaian (topeng subnet, get laluan lalai, pelayan DNS dan sebagainya) ditetapkan secara automatik supaya anda boleh menyambungkan peranti kepada rangkaian dengan mudah.

Jika peranti ataupun penghala DHCP dimatikan atau bergantung kepada tetapan pelayan DHCP, alamat IP boleh berubah semasa disambung semula.

Kami cadangkan supaya mengurus peranti selain daripada alamat IP dan berkomunikasi dengan protokol yang boleh mengikut alamat IP.

Perhatian:

Apabila anda menggunakan fungsi tempahan alamat I DHCP, anda boleh memperuntukkan alamat IP yang sama kepada peranti pada bila-bila masa.