Konfigurasi pemberitahuan e-mel menggunakan Web Config.
Akses Web Config dan pilih tab Device Management > Email Notification.
Tetapkan subjek pemberitahuan e-mel.
Pilih kandungan yang dipaparkan pada subjek daripada dua menu juntai bawah.
Masukkan alamat e-mel untuk menghantar e-mel pemberitahuan.
Gunakan A–Z a–z 0–9 ! # $ % & ' * + - . / = ? ^ _ { | } ~ @ dan masukkan antara 1 hingga 255 aksara.
Pilih bahasa untuk pemberitahuan e-mel.
Pilih kotak semak pada acara yang anda ingin terima pemberitahuan.
Nombor Notification Settings berhubung dengan nombor destinasi Email Address Settings.
Contoh:
Jika anda ingin pemberitahuan dihantar ke alamat e-mel yang ditetapkan untuk nombor 1 dalam Email Address Settings apabila pencetak kehabisan kertas, pilih lajur kotak semak 1 dalam baris Paper out.
Klik OK.
Sahkan bahawa pemberitahuan e-mel akan dihantar dengan memulakan acara.
Contoh: Cetak dengan menentukan Punca Kertas, di mana kertas tidak ditetapkan.