Tetapan Sambungan Pelayan/Klien

Ini ialah sambungan yang dikongsi oleh komputer pelayan dengan pencetak. Untuk melarang sambungan tanpa perlu melalui komputer pelayan, anda boleh meningkatkan keselamatan.

Apabila menggunakan USB, pencetak tanpa fungsi rangkaian turut boleh dikongsi.

Kaedah sambungan:

Sambungkan pencetak kepda rangkaian melalui suis LAN atau titik akses.

Anda juga boleh menyambung pencetak ke pelayan secara terus dengan kabel USB.

Pemacu pencetak:

Pasang pemacu pencetak pada pelayan Windows bergantung pada OS komputer klien.

Dengan mengakses pelayan Windows dan menghubungkan pencetak, pemacu pencetak dipasang pada komputer klien dan boleh digunakan.

Ciri-ciri:
  • Uruskan pencetak dan pemacu pencetak dalam kelompok.

  • Bergantung pada spesifikasi pelayan, ia mungkin mengambil masa untuk memulakan tugas cetakan kerana semua tugas cetakan melalui pelayan cetakan.

  • Anda tidak boleh mencetak apabila pelayan Windows dimatikan.