> Maklumat Produk > Spesifikasi Fon > Senarai Set Simbol

Senarai Set Simbol

Pencetak anda boleh mengakses pelbagai set simbol. Kebanyakan set simbol ini berbeza hanya dalam aksara antarabangsa yang khusus untuk setiap bahasa.

Apabila anda mempertimbangkan fon yang hendak digunakan, anda juga perlu mempertimbangkan set simbol yang hendak digabungkan dengan fon tersebut.

Perhatian:

Oleh kerana kebanyakan perisian mengendalikan fon dan simbol secara automatik, anda mungkin tidak akan perlu melaraskan tetapan pencetak. Bagaimanapun, jika anda menulis program kawalan pencetak anda sendiri atau jika anda menggunakan perisian lebih lama yang tidak boleh mengawal fon, rujuk bahagian berikut untuk butiran set simbol.