Tetapan Penjimatan Kuasa Semasa Tidak Aktif

Anda boleh menetapkan masa untuk beralih kepada mod penjimatan kuasa atau untuk mematikan kuasa apabila panel kawalan pencetak tidak digunakan untuk tempoh tertentu. Tetapkan masa bergantung pada persekitaran penggunaan anda.

  1. Akses Web Config dan pilih tab Device Management > Power Saving.

  2. Sediakan item berikut sebagaimana yang diperlukan.

    • Sleep Timer
      Masukkan masa untuk menukar mod penjimatan kuasa apabila tidak aktif.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Pemasa Tidur

    • Power Off Timer atau Power Off If Inactive
      Pilih masa untuk mematikan pencetak secara automatik selepas tidak aktif untuk tempoh tertentu. Apabila anda menggunakan ciri faks, pilih None atau Off.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Pmsa Mati Ksa atau Tetapan Mati Kuasa

    • Power Off If Disconnected
      Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port LINE diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.
      Lihat laman web berikut untuk tempoh masa tertentu.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Tetapan Mati Kuasa >Matikn Kuasa Jika Dinyahsambungkan

  3. Klik OK.