> Percetakan > Mencetak Dokumen > Mencetak Dokumen dari Peranti Pintar (Android) > Mencetak Dokumen Menggunakan Epson Print Enabler

Mencetak Dokumen Menggunakan Epson Print Enabler

Anda boleh mencetak dokumen, e-mel, foto dan halaman web anda secara wayarles terus dari telefon atau tablet Android anda (Android v4.4 atau lebih baru). Dengan beberapa ketik, peranti Android anda akan menemui pencetak Epson yang disambungkan kepada rangkaian wayarles yang sama.

Perhatian:

Operasi mungkin berbeza bergantung kepada peranti.

  1. Sambungkan pencetak anda dan peranti pintar anda menggunakan Wi-Fi Direct.

    Menyambung Terus Peranti Pintar dan Pencetak (Wi-Fi Direct)

  2. Pada peranti Android anda, pasangkan tambahan Epson Print Enabler daripada Google Play.

  3. Pergi ke Tetapan pada peranti Android anda, pilih Pencetakan dan kemudian, dayakan Epson Print Enabler.

  4. Daripada aplikasi Android seperti Chrome, ketik ikon menu dan cetak apa sahaja yang berada pada skrin.

    Perhatian:

    Jika anda tidak nampak pencetak anda, ketik Semua Pencetak dan pilih pencetak anda.