Menetapkan Panel Kawalan

Penyediaan untuk panel kawalan pencetak. Anda boleh sediakan seperti berikut.

  1. Akses Web Config dan pilih tab Device Management > Control Panel.

  2. Sediakan item berikut sebagaimana yang diperlukan.

    • Language
      Pilih bahasa yang dipaparkan pada panel kawalan.
    • Panel Lock
      Jika anda memilih ON, anda tidak boleh memilih item yang memerlukan kuasa pentadbir. Untuk memilihnya, log masuk ke pencetak sebagai pentadbir. Jika kata laluan pentadbir tidak ditetapkan, kunci panel dinyahdayakan.
    • Operation Timeout
      Jika anda memilih ON, apabila anda melog masuk sebagai pengguna kawalan akses atau pentadbir, anda dilog keluar secara automatik dan pergi ke skrin asal jika tiada aktiviti selama tempoh masa tertentu.
      Anda boleh tetapkan antara 10 saat dan 240 minit mengikut saat.
    Perhatian:

    Anda juga boleh menetapkan daripada panel kawalan pencetak.

    • Language: Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Bahasa/Language

    • Panel Lock: Tetapan > Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem > Tetapan Keselamatan > Tetapan Pentadbir > Tetapan Kunci

    • Operation Timeout: Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas > Operasi Tamat Masa (Anda boleh menentukan Hidup atau Mati.)

  3. Klik OK.