Tetapan Asas

Pilih menu pada panel kawalan seperti yang diterangkan di bawah.

Tetapan > Tetapan Pencetak > Tetapan Asas

Anda tidak boleh menukar tetapan yang telah dikunci oleh pentadbir anda.

Kecerahan LCD:

Laraskan kecerahan skrin LCD.

Bunyi:

Laraskan kelantangan.

  • Bisukan

    Pilih Hidup untuk membisukan semua bunyi.

  • Mod biasa

    Pilih kelantangan seperti Tekan Butang.

  • Mod Senyap

    Pilih kelantangan seperti Tekan Butang dalam Mod Senyap.

Pemasa Tidur:

Laraskan tempoh masa untuk masuk ke mod tidur (mod penjimatan tenaga) apabila pencetak tidak melakukan sebarang operasi. Skrin LCD menjadi gelap apabila masa yang ditetapkan berlalu.

Bangkit daripada Tidur:
Bangkit dengan Sentuhan Skrin LCD:

Pilih Hidup untuk kembali daripada mod tidur (mod penjimatan tenaga) dengan mengetik panel sentuhan. Apabila ini dimatikan, anda perlu menekan butang pada panel kawalan untuk membangkitkan pencetak. Mematikan ciri ini menghalang sebarang pengendalian tidak sengaja yang disebabkan oleh objek asing menyentuh skrin. Anda juga boleh menetapkan tempoh masa semasa ciri ini dihidupkan.

Pmsa Mati Ksa:

Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Tetapan Mati Kuasa bergantung pada lokasi pembelian.

Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik apabila tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Anda boleh melaraskan masa sebelum pengurusan kuasa dikenakan. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.

Tetapan Mati Kuasa:

Produk anda mungkin mempunyai ciri ini atau ciri Pmsa Mati Ksa bergantung pada lokasi pembelian.

  • Matikan Kuasa Jika Tidak Aktif

    Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak secara automatik jika tidak digunakan untuk tempoh masa tertentu. Sebarang kenaikan akan memberi kesan kepada kecekapan tenaga produk. Sila pertimbangkan persekitaran sebelum membuat apa-apa perubahan.

  • Matikn Kuasa Jika Dinyahsambungkan

    Pilih tetapan ini untuk mematikan pencetak selepas tempoh masa tertentu apabila semua port termasuk port LINE diputuskan sambungan. Ciri ini mungkin tidak tersedia bergantung pada rantau anda.

    Lihat laman web berikut untuk tempoh masa tertentu.

    https://www.epson.eu/energy-consumption

Tetapan Tarikh/Masa:
  • Tarikh/Masa

    Masukkan tarikh dan masa semasa.

  • Waktu Jimat Siang

    Pilih tetapan masa musim panas yang terpakai kepada kawasan anda.

  • Perbezaan Masa

    Masukkan perbezaan masa antara waktu tempatan anda dan UTC (Waktu Universal Selaras).

Negara/Rantau:

Pilih negara atau rantau tempat anda menggunakan pencetak. Jika anda menukar negara atau rantau, tetapan faks anda kembali kepada tetapan lalainya dan anda perlu memilihnya semula.

Bahasa/Language:

Pilih bahasa yang digunakan pada skrin LCD.

Mulakan Skrin:

Tentukan menu permulaan yang dipaparkan pada skrin LCD apabila pencetak dihidupkan dan Operasi Tamat Masa didayakan.

Edit Laman Utama:

Tukar bentangan ikon pada skrin LCD. Anda juga boleh menambahkan, mengalih keluar dan mengalihkan ikon.

H/Ltr:

Tukar warna latar belakang skrin LCD.

Operasi Tamat Masa:

Pilih Hidup untuk kembali ke skrin permulaan apabila tiada operasi dilakukan untuk masa tertentu.Apabila sekatan pengguna telah digunakan dan tiada operasi dilakukan untuk masa tertentu, anda dilog keluar dan dikembalikan ke skrin permulaan.

Ppn kknci

Tukar bentangan papan kekunci pada skrin LCD.

Skrin Lalai(Kerja/Status):

Pilih maklumat lalai yang anda mahu paparkan apabila anda menekan butang .

Pilihan Pengesanan Auto Saiz Asal:

ADF dan kaca pengimbas dilengkapi dengan sensor yang mengesan saiz kertas secara automatik. Namun begitu, kerana ciri-ciri sensor, saiz yang serupa tidak dapat dikenal pasti dan kertas bersaiz K, yang biasanya digunakan di China, tidak dapat dikenal pasti dengan betul dalam keadaan awal pencetak. Pilih Keutamaan Saiz K jika anda sering menggunakan kertas bersaiz K. Saiz asal akan dikenal pasti sebagai saiz K dan bukannya saiz anggaran. Bergantung pada saiz dan orientasi kertas, ia mungkin dikesan sebagai saiz anggaran lain. Namun begitu, saiz K mungkin tidak dikesan secara automatik bergantung pada fungsi yang anda gunakan. Contohnya, semasa mengimbas dan menyimpan ke komputer menggunakan aplikasi, sama ada saiz K dapat dikesan secara automatik atau tidak bergantung pada tingkah laku perisian aplikasi itu.