> Arahan Penting > Nasihat dan Amaran Pencetak > Nasihat dan Amaran untuk Menggunakan Skrin Sentuh

Nasihat dan Amaran untuk Menggunakan Skrin Sentuh

  • Skrin LCD mungkin mengandungi beberapa kawasan kecil yang terang atau gelap dan disebabkan ciri-ciri tersebut mungkin ia mempunyai kecerahan yang tidak rata. Perkara ini adalah normal dan tidak menunjukkan berlakunya kerosakan dalam apa jua cara.

  • Gunakan kain yang lembut dan kering sahaja untuk melakukan pembersihan. Jangan gunakan pembersih cecair atau bahan kimia.

  • Kulit luar skrin sentuh boleh pecah jika terkena tekanan yang kuat. Hubungi pengedar anda jika permukaan panel sumbing atau retak dan jangan sentuh atau cuba membuang kepingan yang pecah.

  • Tekan skrin sentuh dengan perlahan-lahan menggunakan jari anda. Jangan tekan dengan kuat atau menggunakan kuku anda.

  • Jangan gunakan objek tajam seperti pen mata bola atau pensel untuk menjalankan operasi.

  • Kondensasi di dalam skrin sentuh disebabkan oleh perubahan mendadak dalam suhu atau kelembapan boleh menyebabkan prestasinya merosot.