> Meletakkan Dokumen > Mengesan Saiz Asal Secara Automatik

Mengesan Saiz Asal Secara Automatik

Apabila anda memilih Kesan Auto sebagai tetapan kertas, jenis saiz kertas berikut dikenal pasti secara automatik.

  • Meletakkan secara menegak: A4, B5, A5, 16K*

    Letakkan bahagian sisi panjang dokumen ke arah bahagian masuk suapan kertas ADF atau di sebelah kiri kaca pengimbas.

  • Meletakkan secara mendatar: A3, B4, A4, B5, A5 (kaca pengimbas sahaja), 8K*, 16K*

    Letakkan bahagian sisi pendek dokumen ke arah bahagian masuk suapan kertas ADF atau di sebelah kiri kaca pengimbas.

    *: Kertas akan dikesan apabila Keutamaan Saiz K didayakan. Namun begitu, kertas mungkin tidak dikesan bergantung pada fungsi yang anda gunakan. Lihat “Maklumat Berkaitan” di bawah untuk mendapatkan butiran lanjut.

Perhatian:

Saiz dokumen berikut mungkin tidak dapat dikesan dengan betul. Jika saiz tidak dapat dikesan, tetapkan saiz secara manual pada panel kawalan.

  • Dokumen yang koyak, terlipat, berkedut atau bergulung (jika dokumen bergulung, ratakan gulungan sebelum meletakkan dokumen.)

  • Dokumen asal dengan lubang pengikat yang banyak

  • OHP, dokumen lut sinar atau dokumen berkilat