Bahagian ini memperkenalkan fungsi keselamatan Peranti Epson.
|
Nama ciri |
Jenis ciri |
Apa mahu ditetapkan |
Apa mahu dihalang |
|---|---|---|---|
|
Penyediaan untuk kata laluan pentadbir |
Mengunci tetapan sistem, seperti penyediaan sambungan untuk rangkaian atau USB, penyediaan terperinci untuk penerimaan/penghantaran atau pemindahan faks, dan tetapan lalai pengguna. |
Pentadbir menetapkan kata laluan ke peranti. Anda boleh menetapkan atau menukar daripada Web Config dan panel kawalan pencetak. |
Halang daripada membaca dan mengubah secara haram maklumat yang disimpan dalam peranti seperti ID, kata laluan, tetapan rangkaian dan kenalan. Kurangkan juga pelbagai risiko keselamatan seperti kebocoran maklumat untuk persekitaran rangkaian atau dasar keselamatan. |
|
Penyediaan untuk kawalan akses |
Mengehadkan fungsi yang boleh digunakan pada peranti, seperti cetakan, imbasan, salinan dan faks untuk setiap pengguna. Jika anda mengelog masuk dengan akaun pengguna yang didaftarkan terlebih dahulu, anda dibenarkan untuk menggunakan fungsi tertentu. Selain itu, selepas mengelog masuk daripada panel kawalan, anda akan dilog keluar secara automatik jika tiada aktiviti untuk tempoh masa tertentu. |
Daftar sebarang akaun pengguna dan kemudian, pilih fungsi yang ingin anda benarkan, seperti salinan dan imbasan. Anda boleh mendaftar sehingga 10 akaun pengguna. |
Risiko kebocoran dan pemaparan data tanpa kebenaran boleh dikurangkan dengan meminimumkan bilangan fungsi menurut kandungan perniagaan dan peranan pengguna. |
|
Penyediaan untuk antara muka luaran |
Mengawal antara muka seperti port USB yang menyambung ke peranti. |
Dayakan atau nyahdayakan port USB untuk menyambungkan peranti dalaman seperti memori USB dan sambungan USB dengan komputer. |
|
|
Penyediaan untuk memproses data yang disimpan |
Memadamkan secara automatik data kerja yang disimpan secara sementara dalam cakera keras terbina dalam peranti. Anda juga boleh memadamkan semua data yang disimpan dalam cakera keras. |
Tetapkan sama ada mahu memadamkan secara automatik atau tidak apabila kerja selesai. Anda juga boleh memadamkan data jika anda mahu membuang peranti. |
Dengan menulis ganti corak tertentu, anda boleh mencegah orang lain daripada memulihkan dan menggunakan data walaupun cakera keras dialih keluar. |