> Penjagaan Pencetak > Meningkatkan Kualiti Cetakan, Salinan, Imbasan dan Faks > Membersihkan Laluan Kertas untuk Dakwat Comot

Membersihkan Laluan Kertas untuk Dakwat Comot

Apabila cetakan menjadi comot atau haus, bersihkan bahagian dalam penggelek.

Penting:

Jangan gunakan kertas tisu untuk membersihkan bahagian dalam pencetak. Muncung kepala cetak mungkin tersumbat dengan lin.

  1. Muatkan kertas biasa bersaiz A3 dalam sumber kertas yang anda mahu bersihkan.

  2. Pilih Tetapan pada skrin utama.

  3. Pilih Penyelengg. > Pembersihan Panduan Kertas.

  4. Pilih sumber kertas dan kemudian ikut arahan pada skrin untuk membersihkan laluan kertas.

    Perhatian:

    Ulangi prosedur ini sehingga kertas tersebut tidak comot dengan dakwat. Jika cetakan masih comot, bersihkan sumber kertas yang lain.