Terekat Akibat Kokot

Periksa ralat yang dipaparkan pada panel kawalan dan ikut arahan untuk mengeluarkan kokot yang tersekat. Skrin LCD memaparkan animasi yang menunjukkan cara untuk mengeluarkan kokot yang tersekat. Seterusnya, pilih OK untuk mengosongkan ralat.

Penting:
  • Jangan keluarkan kartrij kecuali untuk membersihkan kokot yang tersekat atau untuk menggantikan katrij dengan yang baru.

  • Jangan buka bahagian yang ditunjukkan di bawah jika tidak diarahkan untuk berbuat demikian.

  • Jangan keluarkan kartrij apabila kokot berada di dalam kartrij. Anda perlu menggantikannya dengan kartrij baru kerana kokot yang tersekat mungkin akan berlaku walaupun anda memasangnya semula.

  • Anda perlu menguji kokot dua kali atau lebih selepas membersihkan kokot yang tersekat.