Pemacu Pencetak PCL membolehkan pencetak menerima dan mentafsirkan arahan cetakan dalam bahasa perihalan halaman yang dihantar dari komputer dan mencetak dengan betul. Ini sesuai untuk dicetak daripada aplikasi umum seperti Microsoft Office.
Mac OS tidak disokong.
Sambungkan pencetak dengan rangkaian yang sama seperti komputer dan kemudian ikut prosedur di bawah untuk memasang pemacu pencetak.
Muat turun fail pemacu boleh laku daripada tapak web sokongan Epson.
http://www.epson.eu/Support (Eropah sahaja)
Klik dua kali fail boleh laku.
Ikut arahan pada skrin untuk pemasangan selebihnya.
Sekiranya anda menggunakan komputer Windows dan anda tidak boleh memuat turun aplikasi daripada tapak web, pasangkannya daripada cakera perisian yang datang bersama dengan pencetak. Akses “Driver\PCL Universal”.