Sila ambil perhatian perkara berikut apabila memasukkan dan memformat aksara kod bar:
Jangan gunakan bayang atau pemformatan aksara khas, seperti huruf tebal, italik atau garis bawah.
Cetak kod bar dalam warna hitam dan putih sahaja.
Apabila memutarkan aksara, hanya nyatakan sudut putaran 90˚, 180˚ dan 270˚.
Matikan semua tetapan aksara dan jarak kata automatik dalam aplikasi anda.
Jangan gunakan ciri dalam aplikasi anda yang membesarkan atau mengecilkan saiz aksara dalam arah menegak atau melintang sahaja.
Matikan ciri autopembetulan aplikasi anda untuk ejaan, tatabahasa, jarak dan sebagainya.
Untuk membezakan kod bar daripada teks lain dengan lebih mudah dalam dokumen anda, tetapkan aplikasi anda untuk memaparkan simbol teks, seperti tanda perenggan, tab dan sebagainya.
Oleh kerana aksara khas seperti bar Mula dan bar Berhenti ditambahkan apabila Epson BarCode Font dipilih, kod bar yang terhasil mungkin mempunyai lebih banyak aksara berbanding yang dimasukkan pada asalnya.
Untuk hasil terbaik, hanya gunakan saiz fon yang disyorkan dalam “Spesifikasi Epson BarCode Font” untuk Epson BarCode Font yang anda gunakan. Kod bar dalam saiz lain mungkin tidak boleh dibaca oleh semua pembaca kod bar.
Pilih Skala Kelabu dalam Tetapan Cetak dan Standard atau Tinggi dalam Kualiti.
Bergantung pada ketumpatan cetak atau kualiti, atau warna kertas, kod bar mungkin tidak boleh dibaca dengan semua pembaca kod bar. Cetak sampel dan pastikan kod bar boleh dibaca sebelum mencetak dengan kuantiti yang banyak.