Item mungkin tidak tersedia bergantung pada tetapan lain yang anda buat.
Pilih sama ada hendak menyalin dalam warna atau monokrom.
Auto
Mengesan sama ada dokumen asal adalah dalam warna atau monokrom dan menyalin secara automatik menggunakan mod warna yang paling sesuai.
Bergantung pada dokumen asal, dokumen monokrom mungkin dikesan sebagai berwarna atau dokumen berwarna sebagai monokrom. Jika pengesanan automatik tidak beroperasi dengan betul, salin dengan memilih Warna atau H&P sebagai mod warna atau tetapkan sensitiviti pengesanan. Anda boleh menetapkan sensitiviti dengan memilih Tetapan pada skrin utama > Tetapan Pencetak > Pentadbiran Sistem > Kepekaan Warna Salinan.
Warna
Menyalin dokumen asal dalam salinan warna.
H&P
Menyalin dokumen asal dalam salinan hitam dan putih (monokrom).
Tingkatkan tahap ketumpatan apabila hasil salinan kabur. Mengurangkan tahap ketumpatan apabila dakwat comot.
Pilih sumber kertas yang anda mahu gunakan. Apabila Auto dipilih, saiz yang sesuai dimuatkan secara automatik bergantung pada saiz dokumen asal yang dikesan dan nisbah pembesaran yang ditentukan.
Konfigurasi nisbah pembesaran bagi pembesaran atau pengecilan. Ketik nilai dan tentukan pembesaran yang digunakan untuk membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal dalam julat 25 hingga 400%.
Auto
Mengesan kawasan imbasan dan membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal secara automatik untuk dimuatkan ke dalam saiz kertas yang anda pilih. Apabila terdapat margin putih sekeliling dokumen asal, margin putih daripada tanda sudut (
) kaca pengimbas dikesan sebagai kawasan imbasan tetapi margin di bahagian bertentangan boleh dipangkas.

Kertas Kurgkn utk Muat
Menyalin imej yang diimbas pada saiz yang lebih kecil daripada nilai Kecilkn/Bsrkn untuk dimuatkan dalam saiz kertas. Jika nilai Kecilkn/Bsrkn lebih besar daripada saiz kertas, data mungkin dicetak melebihi tepi kertas.
Saiz Sebenar
Menyalin pada saiz pembesaran 100%.
A3→A4 dan lain-lain
Membesarkan atau mengecilkan saiz dokumen asal untuk dimuatkan pada saiz kertas tertentu.
Pilih jenis dokumen anda. Menyalin dalam kualiti optimum untuk dipadankan dengan jenis dokumen asal.
Pilih bentangan 2 muka.
1→1 Muka
Menyalin satu belah dokumen asal kepada satu belah kertas.
2>2 Muka
Menyalin kedua-dua belah dokumen asal dua belah kepada kedua-dua belah satu helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda serta kedudukan pengikatan dokumen asal dan kertas.
1>2 Muka
Menyalin dua dokumen asal satu muka kepada kedua-dua muka pada satu helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda dan kedudukan pengikatan kertas.
2>1 Muka
Menyalin kedua-dua muka dokumen asal dua muka kepada satu muka pada dua helaian kertas. Pilih orientasi dokumen asal anda dan kedudukan pengikatan dokumen asal.