Mengangkut Pencetak

Ikut langkah untuk mengalihkan pencetak, kemudian bungkus pencetak dalam kotaknya menggunakan bahan pelindung.

Penting:
  • Semasa menyimpan atau memindahkan pencetak, elakkan daripada mencondongkan, meletakkan secara menegak, atau menterbalikkannya, jika tidak dakwat boleh terkeluar.

  • Biarkan unit-unit bekalan dakwat dipasangkan. Mengeluarkan unit-unit bekalan dakwat boleh mengeringkan kepala cetakan dan boleh menghalang pencetak daripada mencetak.

  • Biarkan kotak penyelenggaraan terpasang; jika tidak dakwat mungkin bocor semasa mengangkut.

Sekiranya kualiti cetakan telah menurun pada kali seterusnya anda mencetak, bersihkan dan menjajarkan kepala cetakan.