> Menyelesaikan Masalah > Sudah Tiba Masanya untuk Menggantikan Kotak Penyelenggaraan > Peringatan Pengendalian Kotak Penyelenggaraan

Peringatan Pengendalian Kotak Penyelenggaraan

Baca arahan yang berikut sebelum menggantikan kotak penyelenggaraan.

  • Jangan sentuh cip hijau di sebelah kotak penyelenggaraan. Berbuat demikian boleh menghalang operasi normal dan percetakan.

  • Jangan keluarkan filem pada bahagian atas kotak; jika tidak dakwat mungkin bocor.

  • Jangan condongkan kotak penyelenggaraan yang digunakan sehingga selepas ia dikedapkan dalam beg plastik; jika tidak dakwat mungkin bocor.

  • Jauhkan kotak penyelenggaraan daripada cahaya matahari langsung.

  • Jangan menggantikan kotak penyelenggaraan semasa mencetak; jika tidak, dakwat mungkin bocor.

  • Jangan guna semula kotak penyelenggaraan yang telah dikeluarkan dan dibiarkan terpisah untuk tempoh yang panjang. Dakwat di dalam kotak telah membeku dan tiada dakwat boleh diserap.